Jika anda sedang menggunakan atau merancang untuk menggunakan sistem operasi Windows Vista untuk main HighStreet 5, sila ambil perhatian kerana Vista melindungi “hard drive” (pemacu keras) sistem operasi, ini mungkin akan menyebabkan penghentian pengemaskinian HS5. Untuk main HS5, sila ambil perhatian berkenaan arahan seperti berikut:
// Pemasangan Pemacu Keras Vista
Jangan memasang HighStreet 5 pada sesekat pemacu keras yang sama di mana Windows Vista sudah dipasang. Sebagai contoh, jika Vista dipasang pada C:\ anda, sila pasangkan HighStreet 5 pada sesekat lain atau pemacu keras seperti D:\ , E:\ dan sebagainya.
// Pembatasan Hak Istimewa Pengguna Windows Vista
Sila laraskan pengguna anda sekarang supaya mempunyai hak istimewa Pentadbir (Administrator) semasa memasang dan bermain HighStreet 5. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki "Control Panel” dan klik pada “User Accounts” dan mengedit butir-butir di sini.
// Semasa Pemasangan
Selepas memuat turun pakej pemasangan HighStreet 5, klik pada ikon untuk memulakan pemasangan. Mesin Vista anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk memproses arahan ini, sila bersabar dan tunggu sehingga 3 minit.
Selepas penungguan ini, satu tingkap akan muncul dalam ‘Windows Vista’ mengatakan “An unidentified program wants access to your computer”. Klik pada “Allow” untuk meneruskan pemasangan HighStreet 5.

Contact us if you encounter any problems!
|